Thursday, July 10, 2014

NO TITLE

Perasaan ?
Kecewa kekadang sampai boleh menangis.
Ntah pe2 rase. Tapi bile macam ni, yer, aku sayang kau. Bende itu pasti.

Eh. Aku ni dah kenape ? Hahahaha.
Tetibe ber Blog balik nak sedih2 kan.
Sebab tak tau nak cakap dekat sape.
Jarang citer kat orang pasal hal hati dan peribadi ni.
Dekat family apetah lagi.

Diri sendiri yang sakit, diri sendiri yang menangis.
Diri sendiri yang kecewa, diri sendiri yang terluka.
Diri sendiri yang putus asa, diri sendiri yang naikkan semangat balik.
Itulah aku.

Banyak kali dah cakap dekat diri sendiri.
" Syuhada, move on. Jangan lukakan hati kau balik "
Tapi aku move on kejap jer. Pastu buat balik.
Motif ? Sebab aku sayang kau. Sebab tu aku tak putus asa.

Haih. Merepek dah semua ni kan.

Jadi, Ape perlu di buat ?
Macam ni lah Syuhada. Sila baca ayat di bawah...

Bile terlalu memberi sayang kepada manusia dan tiada apa balasan untuk itu, maka kecewa lah jadinya.
Kenapa tidak memberi sayang kepada Allah yang semestinya ada balasan untuk itu.


Wednesday, February 26, 2014

Masa yang tentukan.

Jodoh ?
We have to believe our Jodoh right ?
Macam yang aku rase sekarang.
Kalau ada, adalah.
Sebab ? Banyak macam mane pun ak buang perasaan ni, mesti dia akan datang balik.
Macam mane aku cube buang dia dari hidup aku, mesti aku akan cari balik.
Dan akhirnya ? Aku hanye biarkan. Let it go with time.

Sejak2 ni aku rase aku macam tak berapa nak layan dia. Aku tak taw lah dia perasan ke tak.
Tapi aku rase dia rase cume ak faham sgt perangai dia. Dia jenis up to you.
Dia cakap dia tahu apa yang aku rase dekat dia. I hope you mean it.
Whatever happen to me, I just want you to know, I LOVE you.

Yes. You r my first love. Now, I admit it .
Kalau dulu, aku banyak kali fikir pasal bende ni. Betul ke First Love ?
Macam mane First Love ni ?
Urmmm, nak cakap atau terangkan memang tak boleh.
You have to feel it until you know, yes ! this is my First Love.

Kenangan ? Terlalu banyak. Sangat.
Sampaikan apa yang kita buat seharian dalam hidup kita, mesti ada terselit kenangan tu kan.

Cuma satu bende sekarang yang aku kene terima.

Dia bukan untuk aku. J

Pendapat Saya

Diri ini terpanggil untuk berkata-kata didalam blog ini. Ecehceh ayat tak leh blah kan. Urmmm. Ok2. Sudah bermadah madah ni. Baru2 ni aku ada lah terbaca satu ayat ni dimana dia ni xdelah cakap yang sekolah melayu ni tak elok tapi ayat dia tu menampakkan yang dia ni bangga sangat dapat sekolah kan anak dia dekat sek swasta yang yuran dia beribu riban pun sanggup lah bayar. Budaya dekat sekolah tu menampakkan betapa matangnyer sekolah tu berbanding sekolah melayu ni atau pun kite boleh cakap government school lah kan.

Urmmm. Korang rase macam mane ? Ape pendapat korang ? Aku sekarang dan nak masuk 24 tahun. Adik aku dah nak 22 tahun. Yang adik laki aku pulak sorang nak masuk 19, yang lagi duaorang tu pulak dah 16 dengan 8 tahun dah. Kiteorang semua dididik di sekolah tadika aka TASKA, Sek.Ren.Keb, sekolah agama pulak masuk SARA, dan sek menegah pun masing2 masuk SMK. Dan ape yang aku lalui sekarang, maksudnye aper yang aku dapat dalam hidup aku sekarang Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian aku. Tak lama lagi aku dah nak start kelas Master aku. Dan umur 24 tahun ni, aku Berjaya dapat sebuah kereta untuk aku walaupun aku takde lah bayar cash untuk kereta tu. Alhamdulillah.
Family aku mungkin bukan sekaya mane nak bayar yuran ribu riban ni nak sekolah kan anak2 diaorang. Tapi aku rase bagi diaorang cukuplah didikan yang sempurna yang kiteorang ni dapat untuk bantu masa depan kiteorang. Tak kirelah ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Aku rase korang pun taw kan, biaselah dekat sekolah, ejek2 ni, gaduh2, bende biase kan. Dan aku tak rase pun bende tu jahat sangat. Sebab percayalah bende ni bile kite dah besar kite akn ingat dan mesti akan rindu. Korang nak satu hari nanti bile anak korang dah besar, tetibe ade satu soalah ditanyakan kepada anak korang “Eh, kau mase sekolah dulu baik tak ? Ade tak ejek2 orang ker ?” pastu dia pun jawab “Eh.aku mase sekolah dulu baik sangat, focus aku belajar jer, aku tak suke lah nak gaduh2 ni, ejek2 name orang ni, aku tak suke nak main2 dengan kawan2 ni..” korang rase seronok x life sekolah cam tu ?? Entah lah kan..

Pendapat orang masing2 lain2. Mungkin ade sesetengah ibu bapa nak didikan anak dia perfect. Boleh. Tapi jangan sampai kau ambik remeh temeh perasaan orang. Tanye balik diri sendiri, diri tu perfect sangat ker nak judge orang ? Kau terlalu megah dengan kekayaan yang ada pada kau. Tapi kau pernah ingat itu harta semua punya yang kat Atas sana. Kalau dia tarik, sekali jer, menyesal tak guna. Dalam diri kene sentiasa ade rase istiqamah.


Dan lagi satu, didikan yang sempurna bukan bermula dari sekolah tapi dari rumah. Sebab dari A-Z, A adelah bermula dari rumah, dari ibu bapa tu sendiri. Ilmu tu sampai kiamat takkan habis . Semua tu kite boleh dapat dari perjalanan hidup kita. Bak kata mak “Belajar mana2 pun sama Syuhada, persoalannya sama ada kau nak belajar ke tak” . Diakhir ayat, maafkan sayer jika ade sesiapa yang bace ni tersinggung ke ape. Pendapat saya mungkin berlainan dengan anda. Assalammualaikum J

Thursday, December 19, 2013

Kawan.

Kawan ? Semua orang banyak pemikiran pasal kawan ni.
Aku ? Sepanjang hidup selama 23 tahun ni, macam2 kawan aku ada.
Dan setiap orang kawan tu aku hargai.
Sama ada suka atau tidak tapi ini lah yang banyak membantu aku untuk hadapi hidup ni.
Yes. Mereka. Sebab mereka, aku mungkin menjadi matang lagi dari sebelum ni.

So, ungkapan-ungkapan di bawah ini aku ambil dari sebuh blog yang aku rasa agak membantu
kita untuk menjadi seorang kawan apatah lagi sahabat.

....................................................................................................................................................


Bukannya senang nak cari kawan yang baik. 
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. 

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. 
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu 
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. 

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk 
membuat perkara yang buruk dan sia-sia. 
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya 
untuk berbuat kebaikan. 

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. 
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa. 

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. 
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. 

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah 
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita. 

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, 
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. 

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya . 

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya. 

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita. 
kita kawan kan ...??? 


...................................................................................................................................................

Wassalam :)