Monday, September 2, 2013


Assalammualaikum...

Ha. Tetiba aku muncul kembali. Ni pun sebab tengok orang lain mengupdate blog,
so aku pun nak jugak. Korang pernah rase tak nak update ni, beriya2 nak update ni,
tapi baru je nak taip "haih, malaslha" terus tekan butang X tu kan.
Tulah jadi kat aku. Macam2 nak bagi taw, nak cakap, nak share. Tapi malaih haihhh.
Kan senang kalau laptop ni aku bercakap, dyer taip sendiri kan ? Senang hidup sikit.
Meroyan-royan aku bercakap nanti.

So, ape nak cakap ??
Meh lah aku cite pasal life aku sejak2 dah keje ni. Aku kerja dekat Yayasan Inovasi Malaysia
dimana nama pendek nye YIM. YIM ni under MOSTI dekat Cyberjaya.
Nak masuk 6bulan bekerja baru nak share2 kan. Maaflah yer. Sangat lah malas nk menulis
kat sini, Padahal banyak bende nak cite. Ni tengok lah jap lagi banyak sangat ke aku nak tulis.

Ok. Sebelum nak tulis panjang merapu rapan ni, firstly aku nak cakap, aku bukannya permanent kat sini.
Just gradute trainee je kat sini. Dimana kontrak aku adelah selama 6bulan. Hujung bulan 9 ni habislah.
Dan, insyaAllah akan disambung lagi 6 bulan. Actually kan, aku sebenarnya nak berhenti tapi tak
tertunai2. Why? 50-50 wehhhh ! Ok. Meh aku cerita ape yg buat aku berat hati nak meninggalkan.

1. Takde PunchCard !
Ok. Ni sgt best ok, takde nak punchcard ni. Biarpun kalau dtg lambat kan, kite tkdelah 
rushing nak mengejar masa. Sebab keje dekat sini, CEO kiteorg gunekan prinsip TRUST.
So, kalau orang yang bertanggunjawab ni mesti akan gunakan kepercayaan boss dengan sebaiknya.
Yang penting keje siap kan ...

2. Sempoi.
Ok. Keje dekat sini sangat sempoi. Means kau tak tensyen pun dengan kerja. Suasana kerja sekeliling
kau boleh tenang jer bile kerja tu. Ade pantry 24 jam. Ade tempat rehat2 yg tenang. Ade tempat tengok movie. hahaha. Relax lah yang penting.
Takyah pening2 nak kerja.

Tapi tipu lah kalau aku cakap yang kerja kat sini semuanya sempurna. Takkan lah kan. Mesti ade kurang
dekat mane2. Same lah kat sini. Dalam best2 tu mesti ade yang buat kite down2 sikit terutamanya orang sekeliling kita yang buat kita sakit otak tahap nak membunuh bagai. Tapi aku rase kene be professional kot.
Ikut diri sendiri macam mane nak atasi. Kan? Tapi aku kadang2 sampai nangis dibuatnya. Tapi lepas tu
Ok dah ! Senyum jer lah kan. Hahahaha.

Moh melayan gambar yang ada sepanajang aku dekat Yayasan Inovasi Malaysia ni...


ok. Ni lah kawan sepejabat merangkap housemate jugak.
Ni lah yang paling rapat dengan aku kat sini.


This is Syafiee ! ok. Mamat ni lelaki yang paling rapat dengan aku dekat YIM ni.
Dia pandai main gitar !
Dia pandai nyanyi !
Dia pandai buat lagu !

This is part of gurl2 in YIM :)

Ehem. Ok. Ni special sikit. Eh !? hahahaha
Name dyer Takuto. Japanesse guy. Sangat baik,
Nampak macam biasa kan ? percaya tak dia adelah CEO dekat
company kat Jepun. Cara dia sgt berbeza dgn CEO company dekat Malaysia.
Opzzz ! Humble dyer ni. Respect dyer. Tapi maaflah tetibe tgn dyer naik kat bahu aku.
hahahaha. Tak terkata aku.






Ok ni yang paling latest dimane every month YIM akan buat TEH TARIK TALK which dia akan
panggil penceramah yang vougue gitu. Retis lah. hahahaha. N yg ni dyer panggil Chef Wan. Tapi tkdelak gambar dengan Chef Wan. Hahahaha. Ni PrettyUgly, performer untuk majlis time ni. Ni salah satu 
sebab aku taknak berhenti jugak. Jumpe retis2 free2 je taw. hahahaha.


So, Ni lah sedikit sebanyak pasal life aku sekrang ni. Tiap hari pergi kerja, sabtu ahad balik rumah.
Life must go on :)

-wassalam-




No comments: