Wednesday, February 26, 2014

Pendapat Saya

Diri ini terpanggil untuk berkata-kata didalam blog ini. Ecehceh ayat tak leh blah kan. Urmmm. Ok2. Sudah bermadah madah ni. Baru2 ni aku ada lah terbaca satu ayat ni dimana dia ni xdelah cakap yang sekolah melayu ni tak elok tapi ayat dia tu menampakkan yang dia ni bangga sangat dapat sekolah kan anak dia dekat sek swasta yang yuran dia beribu riban pun sanggup lah bayar. Budaya dekat sekolah tu menampakkan betapa matangnyer sekolah tu berbanding sekolah melayu ni atau pun kite boleh cakap government school lah kan.

Urmmm. Korang rase macam mane ? Ape pendapat korang ? Aku sekarang dan nak masuk 24 tahun. Adik aku dah nak 22 tahun. Yang adik laki aku pulak sorang nak masuk 19, yang lagi duaorang tu pulak dah 16 dengan 8 tahun dah. Kiteorang semua dididik di sekolah tadika aka TASKA, Sek.Ren.Keb, sekolah agama pulak masuk SARA, dan sek menegah pun masing2 masuk SMK. Dan ape yang aku lalui sekarang, maksudnye aper yang aku dapat dalam hidup aku sekarang Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian aku. Tak lama lagi aku dah nak start kelas Master aku. Dan umur 24 tahun ni, aku Berjaya dapat sebuah kereta untuk aku walaupun aku takde lah bayar cash untuk kereta tu. Alhamdulillah.
Family aku mungkin bukan sekaya mane nak bayar yuran ribu riban ni nak sekolah kan anak2 diaorang. Tapi aku rase bagi diaorang cukuplah didikan yang sempurna yang kiteorang ni dapat untuk bantu masa depan kiteorang. Tak kirelah ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Aku rase korang pun taw kan, biaselah dekat sekolah, ejek2 ni, gaduh2, bende biase kan. Dan aku tak rase pun bende tu jahat sangat. Sebab percayalah bende ni bile kite dah besar kite akn ingat dan mesti akan rindu. Korang nak satu hari nanti bile anak korang dah besar, tetibe ade satu soalah ditanyakan kepada anak korang “Eh, kau mase sekolah dulu baik tak ? Ade tak ejek2 orang ker ?” pastu dia pun jawab “Eh.aku mase sekolah dulu baik sangat, focus aku belajar jer, aku tak suke lah nak gaduh2 ni, ejek2 name orang ni, aku tak suke nak main2 dengan kawan2 ni..” korang rase seronok x life sekolah cam tu ?? Entah lah kan..

Pendapat orang masing2 lain2. Mungkin ade sesetengah ibu bapa nak didikan anak dia perfect. Boleh. Tapi jangan sampai kau ambik remeh temeh perasaan orang. Tanye balik diri sendiri, diri tu perfect sangat ker nak judge orang ? Kau terlalu megah dengan kekayaan yang ada pada kau. Tapi kau pernah ingat itu harta semua punya yang kat Atas sana. Kalau dia tarik, sekali jer, menyesal tak guna. Dalam diri kene sentiasa ade rase istiqamah.


Dan lagi satu, didikan yang sempurna bukan bermula dari sekolah tapi dari rumah. Sebab dari A-Z, A adelah bermula dari rumah, dari ibu bapa tu sendiri. Ilmu tu sampai kiamat takkan habis . Semua tu kite boleh dapat dari perjalanan hidup kita. Bak kata mak “Belajar mana2 pun sama Syuhada, persoalannya sama ada kau nak belajar ke tak” . Diakhir ayat, maafkan sayer jika ade sesiapa yang bace ni tersinggung ke ape. Pendapat saya mungkin berlainan dengan anda. Assalammualaikum J

No comments: